Friday, May 2, 2014

Kisah Harimau Yang Kehilangan Taring

ANTIBIOTIK



Antibiotik menjadi subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga kini. Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada tahun 1928 (sebelum itu dijumpai oleh seorangpelajar perubatan dari German pd 1896 - tapi tak popular), penicillium yang merupakan produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai bakteria. Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai rawatan utama.

Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas diseluruh dunia. Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang membunuh bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic). Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak di dalam badan.

Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.

Sebagai contoh - Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. (pandaaaii..... :) )

Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.

Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?

1.Antibiotik boleh menyebabkan alahan. 
Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.

2.Antibiotik mempunyai kesan sampingan. 
Antibiotik bolehmenyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut. 

3.Antibiotik sebagai bom nuklear. 
Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan "candida", sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.

Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.

Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring
Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.

Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.

Kos Perubatan Meningkat
Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?

Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?
1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab...
a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar

dibezakan untuk sesetengah pesakit.

b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)
c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. "Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi". atau "ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik". Hilang seorang pelanggan...
d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.
2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.

"Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik". Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.

Cara Saya
Anda patut percaya, saya sendiri sebagai doktor, tak pernah memberi antibiotik kepada anak saya yang batuk, demm atau selsema selama seminggu. Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang.

Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema, saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mesti dihabiskan.

Perlu diberitahu di sini... Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.

Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat!
"Doktor, saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting. Boleh bagi saya antibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting esok".

Pertama sekali saya nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit selain daripada ujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang badan kita ini perlukan rehat kerana bekerja terlalu kuat. Antibiotik tak boleh membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala sekiranya anda mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat.

Kedua, untuk memberi antibiotik, perlu ada caranya. Mulakan dengan antibiotik yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru naik selangkah demi selangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak bunuh seekor nyamuk, janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh bakteria yang tak beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling kuat. Itu salah cara.

Tujuannya adalah untuk memastikan antibiotik yang paling kuat disimpan untuk menghadapi kuman yang sama kuat juga. Sekiranya kuman biasa pun dah menjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman yang paling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan.
Bayangkan, tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria... Sedikit luka di kaki pun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman sebelum Perang Dunia Kedua!!

Petikan dari blog Dr.Azwan





Thursday, May 1, 2014

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENYAKIT AUTOIMMUNE?

APAKAH ITU AUTOIMMUNE?

Pada masa kini, semakin ramai yang membicarakan tentang suatu jenis penyakit yang boleh dikatakan sebagai "Aneh" dan merbahaya iaitu AUTOIMMUNE.

Penyakit AUTOIMMUNE merujuk kepada di mana sistem imun tidak dapat mengenalpasti atau membezakan sama ada ANTIGEN tubuh sendiri atau antigen asing penyakit yang disebabkan oleh tindakbalas sistem kekebalan tubuh(Sistem Imun)

Penyakit Autoimun terjadi apabila sistem kekebalan tubuh  yang terbentuk salah mengenalpasti benda asing, dimana sel, jaringan atau organ tubuh manusia jesteru dianggap sebagai benda asing sehingga dirosakkan oleh antibodi. Maka adanya penyakit autoimun tidak memberikan impak peningkatan ketahanan tubuh dalam melawan suatu penyakit,akan tetapi, terjadi kerosakan tubuh akibat kekebalan yang terbentuk. (NIH, 1998; Schaechter dkk., 1993 : Salyers dan Whitt, 1994 : Pelczar dkk. 1986 : Madigan dkk. 1997).
pada kulit dimana sel darah putih atau antibodi tubuh melawan jaringan tubuh sendiri atau protein ekstraselular. 

Sistem imunisasi tubuh manusia terdiri atas sel darah putih, antibodi dan bahan lainnya yang berfungsi untuk melawan jangkitan(serangan mikroorganisma) atau protein asing. Sistem imunisasi tubuh memiliki kemampuan untuk membezakan sel tubuh sendiri dan sel asing. Namun, pada individu yang mengalami penyakit autoimun, sistem imun mengalami kehilangan kemampuan untuk membezakan sel tubuh dengan sel asing sehingga sistem imun akan menyerang sel tubuh sendiri.

ANTARA PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH AUTOIMMUNE

Asma
Alergi
Psoriasis
Lupus
Tyroid
Myasthenia gravis
Acute disseminated encephalomyelitis
Multiple Sclerosis
Gullain-Barre Syndrome
Paraneplastic Neurologic disorders
Cerebellar degeneration
Autoimmune chronic active hepatitis
Primary biliary sclerosis
Gastrointestinal tract
Pernicious anemia
Inflammatory bowel disease
Diabetes tipe I

Gejala gangguan autoimmune sangat bervariasi dan bergantung pada penyakit tertentu. Gejala yang umum adalah pening, keletihan, dan demam kelas rendah.

Hingga saat ini, ilmu perubatan belum mengenalpasti cara untuk mencegah penyakit autoimun, satu-satunya cara mencegah sekaligus menyembuhkan penyakit autoimun adalah dengan menenangkan sistem kekebalan tubuh(sistem imun)


BAGAIMANA CARA MENCEGAH ATAU MERAWAT PENYAKIT AUTOIMMUNE?

Kebanyakan penyakit Autoimun boleh disembuhkan sekirannya  sistem imun ditenangkan dan dikendalikan, dan salah satu caranya adalah dengan menggunakan Transfer Factor.

MENGAPA TRANSFER FACTOR? 

Transfer Factor merupakan hasil penemuan yang sains 
terbaik didunia dalam hal peningkatan dan pengendalian sistem imun tubuh manusia. 


Transfer Factor membekalkan kecerdasan dan meransang sistem imun dalam 3 kaedah penting iaitu:

RECOGNIZE (Kenalpasti)

Transfer Factor menjadi sumber rujukan oleh sel Natural Killer (NK) dalam sistem imun tubuh mengenai rupa bentuk sel asing.


RESPOND (Bertindak Balas)
Tindakbalas sel NK akan bermula sebaik sahaja sel asing dikenalpasti.  Sel asing tersebut akan dimusnahkan.


REMEMBER (Ingat)
Maklumat mengenai sel asing yang telah dimusnahkan akan kekal bersama sel NK.  Justeru, sekiranya sel asing itu hadir lagi dikemudian hari, tubuh kita akan bertindak balas dalam masa yang singkat bagi mencegah sebarang jangkitan yang lebih serius.  Proses ini akan berulang sehingga sel NK diganti oleh tubuh.


"MENCEGAH ADALAH JAUH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI"














Wednesday, April 16, 2014

FAHAMI 4LIFE TRANSFER FACTOR


Transfer Facto(TF) selamat dimakan oleh semua orang selagi seseorang individu itu tidak menerima sebarang sel/organ asing melalui rawatan hospital. Transfer Factor tiada side effect seperti mana kita makan ubat atau dadah,overdose vitamin, hormon, antibiotik dan sebagainya.

Jika seseorang yang walaupun sihat luaran, namun yang kebiasaannya menggunakan pain killer drugs yang bertindak menghilangkan simptom, penyakit sebenarnya masih ada dalam badan. Oleh yang demikian selepas makan TF, simptom2 asal penyakit seperti demam ataupun migrain akan datang kembali kerana di sini TF akan trigger antibodi untuk melawan penyakit dan demam sebenarnya adalah tindakbalas badan melawan penyakit dan dengan cara makan TF dengan kadar yang banyak semasa demam akan membantu antibodi memusnahkan patogen yang menyerang dengan lebih cepat dan penyakit dapat diatasi 100%.

Bagi seseorang yang berpenyakit kronik seperti kanser, ingin dinyatakan sel kanser telahpun berada bertahun2 dalam badan sebelum disedari pesakit dan kuantiti sel kanser itu telah pun ada sangat banyak dalam badan. TF seperti biasa akan trigger antibodi untuk menyerang sel kanser yang juga sel asing dan pertempuran ini akan mengambil masa yang lama bergantung kepada sebanyak mana TF yang kita makan kerana TF akan dikumuhkan bersama2 sel antibodi yang menyerang sel asing/patogen secara suicide/kamikaze. Dalam masa yang sama antibodi badan yang baru akan dihasilkan dan itulah tujuannya kita makan TF dengan kadar yang banyak untuk educate sel antibodi yang baru. Simptom2 yang bisa untuk pesakit kanser adalah lemah2 badan. Ini kerana sel-sel antibodi akan dihasilkan dengan lebih ekspress dan banyak kerana ia khusus untuk melawan sel kanser tadi jadi dalam masa yang sama segala nutrien yang asalnya patut menjadi tenaga kita akan digunakan pula bagi menghasilkan sel-selantibodi yang baru.

Proses perang antara sel antibodi kita dan sel asing akan berlaku dalam kiraan saat sahaja dan akan diteruskan oleh sel antibodi yang baru sehinggalah semua sel asing itu dimusnahkan.. Jadi untuk melumpuhkan sel kanser yang dah terlalu banyak tumbuh membiak dalam badan, TF perlu dimakan terus menerus dalam kuantiti mengikut kemampuan di samping supplement untuk menampung nutrien dalam badan yang akan banyak digunakan.

Kesimpulannya TF tidak mempunyai kesan sampingan kerana TF sendiri adalah molekul pendidik yang terus digunakan oleh antibodi. Rasa demam, lemah badan dan sebagainya yang akan dirasai oleh pengguna buat kali pertama adalah kesan penyembuhan penyakit-penyakit yang selama ini diam di dalam badan..

Friday, April 11, 2014

APA PULA PANDANGAN ANDA??








KENALI PUNCA PENYAKIT


Adakah ANDA mempunyai MASALAH & PENYAKIT berkaitan SISTEM IMUN??Ikhtiarkan PENYEMBUHAN ALTERNATIF melalui PENEMUAN TERHEBAT SAINS PERUBATANmenggunakan kemudahan AUTOPRESKRIPSI di bawah!

Sebahagian Penyakit "Immunodeficiency"
(Sistem Imun Lemah))
Sebahagian Penyakit "Auto-Immune"
(Sistem Imun Terlalu Aktif)


  • Jangkitan kuman (Bakteria, Virus, Kulat)
  • Kanser / Ketumbuhan
  • Diabetes
  • Ulser
  • Gangrene
  • Hepatitis
  • HIV
  • Endometriosis
  • Cyst
  • Fibroid
  • Ulser Perut
  • Buasir
  • Masalah kulit - jerawat.


  • Asthma
  • Sinus / Alahan
  • Diabetes Type 1
  • Lupus (SLE)
  • Arthritis
  • Gout
  • Psoriasis
  • Eczema
  • Thyroid
  • Migraine
  • Multiple Sclerosis
  • Leukemia
  • Masalah berkaitan dengan darah dan urat saraf.
Gejala-Gejala Yang Melemahkan Sistem Imun Tubuh
  • Stress / Tekanan
  • Racun Serangga (Sayuran)
  • Makanan Segera (Fast Food)
  • Perasa / Pewarna / Pengawit
  • Hormon Makanan Ternakan
  • Pencemaran Udara / Air / Klorin
  • Asap Rokok / Asap Kereta
  • Kosmetik / Produk Dandanan
  • Spray Aerosol / Alkoho / Kimia
  • Dadah / Steroid / Antibiotik
  • Radiasi / X-Ray / Microwave
  • Habuk / Hama / Virus
  • Kuman / Bakteria / Parasit
  • Dan banyak lagi..

"Kerintangan antibiotik (bakteria yang kebal kepada antibiotik) dan penyebarannya secara global dan mendadak mengancam keberkesanan berterusan ubat-ubatan moden yang digunakan hari ini bagi merawat penyakit. Keadaan semakin meruncing apabila penemuan baru antibiotik semakin berkurangan malah dalam jangkamasa terdekat ini tiada lagi penemuan baru ditemui - krisis Bad Bugs, No Drugs"
World Health Organization (WHO)

“Ramai yang tidak tahu bahawa ubat moden (dadah) sebenarnya hanya bertindak membunuh simptom penyakit (rasa sakit) tetapi bukan akar penyakit. Ia akan menyebabkan penyakit berlarutan dalam tubuh secara rahsia kerana simptom telah dihapuskan, sementara kita pula menjangkakan kita sudah sembuh, padahal kita semakin parah.”
-  Dr Chen Jau Fei  (Saintis dan imunologist)

"Tanpa kesangsian, saya yakin TRANSFER FACTOR (TF) adalah penemuan terunggul abad ini kerana ia dapat meningkatkan dan merangsang daya ketahanan diri. Untuk kekal hidup sihat, kita harus mengambil langkah utama dengan meningkatkan sistem imun. Saya percaya semua orang harus mengamalkan pemakanan TF kerana tiada produk lain yang dapat memberikan kesan terhebat kepada sistem imun manusia"
Y.M Dr. Tengku Fadilah (Fisiologi Sukan & Pakar Nutrisi)

"Saya menggalakkan penggunaan Transfer Factor dalam menjalani segala rawatan. Cara ini dapat membantu meningkatkan sistem imun dan menghasilkan kesihatan yang optimal. TRANSFER FACTOR adalah produk saintifik yang diiktiraf oleh pakar-pakar perubatan dunia."
- Dr. Khairuzzana Baharudin (Pakar ENT - Telinga, Hidung & Tekak)

"Belum pernah saya temui NUTRIEN sehebat Transfer Factor yang telah banyak membantu saya dalam merawat pesakit-pesakit yang kronik. Saya ingin mengesyorkan TRANSFER FACTOR kepada sesiapa sahaja."
Dr. Siti Aniza Basir (Pakar Keluarga & Kanak-Kanak)

"Belum ada sebarang herba atau produk-produk kesihatan yang mempunyai kekuatan dalam merangsang dan meningkatkan sistem imun seperti TRANSFER FACTOR. Dengan peningkatan virus-virus pembunuh, kuman-kuman membiak, kuman-kuman tegar dan keracunan makanan, satu-satu harapan dan perlindungan kita terletak kepada kekuatan sistem imun kita sendiri."
Dr. Darryl See (Pakar Kanser WHO)

AUTOPRESKRIPSI TF Adalah Berdasarkan Pengalaman Rawatan Doktor Perubatan